Mulakan dengan menjadikan rutin harian seperti menggosok gigi, memakai baju sendiri malah mengemas bilik tidur sebagai praktikal anak-anak belajar untuk lebih berdikari. Pastikan anda mulakan dari sekarang. Bukan sahaja untuk memudahkan tugas anda semata-mata tetapi untuk memastikan anak-anak membesar menjadi anak yang bukan sahaja mampu berdikari malah berdisiplin.

Untuk lebih jelas berikut lima rutin harian yang boleh anda mulakan dalam mendidik anak-anak untuk menjadi seorang berdikari:

  1. Menggosok gigi

Ajarkan anak untuk menggosok gigi sebaik sahaja mereka pandai makan. Jadikan rutin menggosok gigi dua kali sehari iaitu setelah sarapan dan sebelum tidur pada waktu malam. Tunjukkan contoh gerakan yang betul di hadapan cermin dan lakukan aktiviti ini bersama-sama dengan anda agar lebih bersemangat. Jangan lupa untuk selitkan kebaikan menggosok gigi agar si kecil anda tahu kenapa mereka perlu melakukan rutin ini setiap hari.

 

  1. Mengemas tempat tidur

Kemampuan motorik halus anak pada usia ini memang belum terlatih sepenuhnya. Anak anda mungkin belum boleh melipat selimut dengan rapi seperti anda atau betulkan cadar dengan baik. Tapi tak salah untuk anda libatkan si kecil dengan perkara ini. Nilai yang perlu dikenalkan sebenarnya adalah kebiasaan merapikan kembali apa yang sudah dipakai.

Mulakan dengan tugas ringan seperti kemaskan bantal, rapikan cadar dan lipat selimut yang dipakai. Pastikan juga tempat tidur anda telah siap dikemaskan dan tersusun rapi. Anak perlukan contoh pada setiap perkara yang diajarkan.

 

  1. Memilih pakaian

Biasanya kanak-kanak boleh memakai pakaian sendiri sekitar usiaya dua tahun ke atas. Kemampuannya bertambah dengan mahu memilih baju sendiri. Mereka cenderung untuk memilih sendiri pakaian yang dianggapnya cantik walaupun ada kalanya seperti tidak sesuai. Biarkan sahaja mereka berkeksplorasi dengan gaya mereka sendiri. Perkara ini dapat membantu  anak berani membuat keputusan.

 

  1. Menyikat rambut

Selain terlihat kemas, menyikat rambut dapat membantu menghilangkan kotoran pada rambut dan membuat rambut lebih sihat. Ajak anak anda untuk menyikat rambut setelah mandi. Lakukan di depan cermin untuk memudahkan anak melihat sendiri hasil rambut yang disikatnya.

 

  1. Sarapan pagi

Sarapan dengan jumlah kalori yang tepat setiap pagi merupakan kebiasaan. Sarapan akan memberikan tenaga kepada si kecil untuk menjalankan aktivitinya sepanjang hari. Biasakan anak untuk sarapan di meja. Bila perlu ajak anak anda untuk siapkan sekali meja makan.

 

Tahukah anda, mencipta kebiasaan mungkin tidak boleh dicapai dalam waktu singkat. Kanak-kanak memerlukan kegiatan dan maklumat yang berulang untuk belajar dan mengingat. Bukan itu sahaja, anda juga perlu konsisten dan berdisiplin dalam mengajar mereka barulah rutin yang anda ciptakan itu akan tersemat di hati mereka.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604