Anak anda susah bangun awal untuk pergi taska atau sekolah, suka tidur lewat sebab menonton televisyen. Anda sedang mengalami masalah seperti ini? Apa yang harus lakukan?
Berikut merupakan beberapa tip sebagai panduan kepada ibu bapa:
- Latih masuk tidur awal
Ibu bapa perlu melatih anak untuk masuk tidur lebih awal dengan meminta mereka masuk tidur lebih awal secara berperingkat. Misalnya jika kebiasaannya anak masuk tidur pukul 10 malam, maka untuk permulaan ibu bapa boleh meminta anak tidur 30 minit lebih awal iaitu pada pukul 9.30 malam.
Keesokan harinya ibu bapa boleh kejutkan anak 30 minit lebih awal juga. Selepas dua tiga hari ibu bapa boleh terus mengubah rutin tersebut dengan meminta anak masuk tidur pada pukul 9.00 malam, kemudian ubah kepada 8.30 malam secara berperingkat.
- Galakan anak urus sendiri kelengkapan sekolah
Bagi membantu memudahkan anak menguruskan dirinya, ibu bapa boleh menyediakan segala keperluan persekolahan anak seperti baju, beg dan lain keperluan dengan meletakkanya di tempat yang mudah nampak dan mudah capai. Galak anak untuk mengurus dirinya sendiri.
- Kenali anak
Kenali dan fahami betul anak kita. Ada anak yang mempunyai habit untuk tidur awal dan yang tidur awal. Ada anak yang mengambil masa sebelum bersedia untuk bangun selepas digerakkan dari tidurnya. Ada anak yang hanya memerlukan sekali panggilan sahaja untuk bangun dari tidur. Kefahaman tabiat ini sangat perlu bagi membantu ibu bapa mengatur strategi dan jadual tidur serta bangun anak.
- Elakkan mengejutkan anak dengan cara menjerit atau dengan leteran
Dalam jangka panjang jeritan dan leteran akan menyebabkan dua perkara berlaku iaitu anak akan meneruskan tabiat bangun lewat atau anda sedang melatih mereka untuk tidak mempedulikan arahan anda.
- Masa Santai
Ibu bapa boleh mempertimbangkan untuk membenarkan anak bermain komputer atau menonton televisyen untuk beberapa minit selepas mereka telah menyiapkan diri mereka sepenug untuk taska atau tadika. Tindakan itu boleh membantu memotivasikan anak untuk bangun awal.

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604