5 CARA MENGATASI ANAK MENGAMUK – TEMPER TANTRUM

Anak kebiasaannya akan mula menunjuk perasaan dan keinginan mereka ketika berumur lingkungan 1 tahun dan ke atas. Bukan kesemuanya akan melalui fasa mengamuk, dan juga yang akan melalui fasa ini pada kadar yang berbeza-beza.

Apabila mereka mula untuk menunjuk kemarahan atau ingin mengamuk, ibu bapa tidak boleh terus marah atau tengking anak. Ikuti cara-cara berikut untuk mengawal keadaan dengan lebih tenang dan senang.

  • BERTENANG

Apabila anak mula mengamuk, yang paling penting sekali, ibu bapa harus bertenang dan tidak cepat marah atau pukul anak.

  • ALIHKAN PERHATIAN

Cuba alihkan perhatian anak dengan menunjuk langit atau burung. Ceritakan pada mereka tentang perkara yang mereka suka untuk bagi mereka lebih ceria.

  • CUBA PUJUK

Cuba untuk pujuk mereka dengan mendukung dan memeluk mereka. Selalunya mereka memerlukan perhatian yang lebih daripada kami jika selalu mengamuk dan marah.

  • BIARKAN SAHAJA

Jika anak sudah mula menghentak kaki dan baring atas lantai, biarkan sahaja mereka! Pastikan mereka tidak berada di tempat yang merbahaya untuk mengelakkan kecederaan.

  • NASIHAT

Bagi anak yang sudah berumur 3 tahu keatas, mereka boleh memahami jika anda menasihati mereka. Katakan kepada mereka yang mereka harus bekelakuan baik dan tidak marah dan mengamuk.

Fasa ini memang menrupakan satu fasa yang mencabar dan kami harap ibu bapa dapat melaluinya dengan tenang!


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp "Minyak" ke 012-699 2604

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

By |2017-01-18T08:31:27+00:00January 18th, 2017|Tip & Petua|

Leave A Comment