Tahniah buat bakal ibu, mama, umi atau mama atas perkhabaran kehamilan anda! Dah hamil ini jangan lupa untuk menjaga kesihatan tubuh dan kandungan anda. Sekarang ni zaman digital, ibu-ibu semua boleh dapat info-info mengenai kehamilan di hujung jari sahaja.

Disini terdapat 5 koleksi aplikasi menarik untuk bakal-bakal ibu:

  1. Pregnancy+

Bakal ibu baru pasti teruja dengan berita kehamilan dan ingin ketahui perkembangan tubuh dan bayi setiap minggu. Muat turun aplikasi Pregnancy+ bagi mendapatkan info harian tentang kehamilan, mengetahui perkembangan dan perubahan pada tubuh anda dan bayi dalam kandungan, mencatit diari peribadi, tarikh lawatan berjumpa doktor, peningkatan berat badan dan banyak lagi.

  1. Pregnancy Food Guide

Aplikasi ini membantu anda memilih makanan yang betul sepanjang kehamilan anda. Selain itu, anda juga dapat mengetahui soalan-soalan popular tentang makanan, diet dan kesihatan semasa kehamilan, serta keperluan makanan dan nutrisi semasa trimester pertama, kedua dan ketiga.

  1. Music For Pregnancy Relaxation

Aplikasi ini adalah koleksi muzik klasik yang membantu anda untuk mendapat pengalaman kelahiran yang sihat dan bebas tekanan. Muzik klasik telah terbukti sebagai muzik yang dapat menenangkan.

Malah, kajian telah menunjukkan bahawa dengan mendengar muzik klasik dapat merangsang fungsi otak. Selain itu, muzik klasik juga dapat mengurangkan tekanan, ketakutan dan depresi kepada wanita hamil.

  1. Pregnancy Tracker

Aplikasi percuma ini membantu anda untuk mengetahui alam kehamilan hari demi hari dan minggu demi minggu. Ia amat mudah digunakan dan berguna untuk anda yang sedang berbadan dua!

  1. Pregnancy Workouts By Power 20

Kekal cergas dan bertenaga sepanjang kehamilan dan persiapkan tubuh anda untuk bersalin, Versi lengkap ini menyediakan anda akses untuk kesemua latihan kecergasan atau senaman pada setiap trimester, serta rutin regangan badan. Habiskan satu latihan sebelum boleh beralih ke latihan yang selanjutnya.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty