5 AKTIVITI UNTUK SI MANJA HIPERAKTIF

 

Seperti yang dijanjikan semalam, hari ini kami ingin mengkongsikan aktiviti yang sesuai untuk si manja hiperaktif. Bukan mudah untuk anda mengendalikan anak yang hiperaktif. Sikap anak-anak sebegini memerlukan kesabaran dan keprihatinan untuk memberikan tumpuan kepadanya.

Berikut adalah beberapa aktiviti yang boleh menjadi panduan.

 

  • Berolahraga

Libatkan anak anda dengan salah satu sukan seperti bola sepak atau berenang. Pada umumnya, anak-anak akan gemar berenang kerana kegiatan ini dilakukan di dalam air yang akan membuatnya gembira. Namun pasti kan anda memberikannya kelengkapan yang tepat untuknya.

 

  • Bermain

Oleh sebab anak hiperaktif ini tidak boleh duduk diam dan suka berjalan, berlari ke sana ke sini dan menyentuh barang-barang yang akan membuat rumah menjadi bersepah. Apa kata anda mengajak merka bermain di luar seperti taman.

 

  • Seni dan kraf

Ajak anak anda membuat aktiviti seni ataupun kraf. Ia termasuklah bermain drum atau membuat origami yang melibatkan kertas pelbagai warna. Anak akan kelihatan sibuk semasa melakukan aktiviti ini.

 

  • Kelas menari

Belajar menari bukan hanya terbatas untuk anak perempuan sahaja, anak lelaki juga boleh mengikuti kelas tarian. Kelas menari boleh menjadi saluran yang baik untuk mengasah bakat yang dimilikinya. Menari akan meningkatkan postur tubuh dan membantu membakar kalori dalam tubuh dan akan membuat mereka tidur dengan cepat.

 

  • Latihan fizikal

Anak-anak yang hiperaktif cenderung memiliki tenaga yang lebih banyak berbanding anak normal lain. Oleh itu, tidak salah sekiranya anak anda terlibat dalam kumpulan bermain atau playgroup. Kegiatan seperti ini dapat mengajar keterampilan bersosial dengan rakan-rakan sebayanya dan bermain secara berkumpulan.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

By |2017-03-31T03:59:22+00:00March 31st, 2017|parenting|

Leave A Comment