Apabila anak sudah meningkat usia 3 atau 4 tahun, ibu bapa bermula untuk mencari tadika yang sesuai bagi anak-anak mereka.
Setiap keluarga mempunyai kriteria mereka sendiri apabila memilih tadika yang sesuai. Tidak ada dua yang serupa! Walaupun begitu, tips yang kami sediakan boleh menjadi titik aras yang anda perlukan.
1. BAJET
Apabila memilih tadika, yang pertama sekali kita harus mengasingkan bajet yang sesuai. Tadika masa kini mempunyai yuran tahunan daripada RM700 sehinggalah RM3000. Manakala yuran bulanan minimum ialah RM250.
Bagi yang tinggal di kawasan bandar, kebanyakkan tadika memang memerlukan bajet yang tinggi setiap bulan. Adalah disarankan memilih tadika yang mempunyai yuran yang berpatutan dengan kawasan persekitaran dan modul pembelajaran yang disediakan.
Bagi ibu bapa yang bekerja, tadika ada juga menyediakan ‘Full Day’ program sehingga pukul 6 petang. Ini juga akan menaikkan kos yuran bulanan dan boleh menjadi salah satu ‘option’ sebelum mendaftar.
2. SISTEM PEMBELAJARAN DAN MODUL
Sistem pembelajaran dan modul tadika merupakan salah satu faktor penting yang kita harus kaji sebelum memilih yang sesuai untuk anak kita.
Terdapat banyak sistem pembelajaran, sebagai contoh yang berasaskan Agama Islam,Montessori,Playschool atau Academic. Pemilihan akan berdasarkan jenis pembelajaran yang kami ingin tekankan sejak dari kecil.
Ada beberapa kefahaman yang mengatakan bahawa kanak-kanak di bawah 6 tahun harus fokus lebih kepada ‘motor skill’ mereka dan pembelajaran ‘play based’ kerana mereka memerlukan masa untuk berasa seronok dahulu sebelum menekankan pembelajaran akademik semata-mata.
Pilihan sistem juga akan bergantung kepada bajet yang telah ditentukan bagi yuran bulanan yang mampu untuk dikeluarkan bagi pembelajaran anak.
3. KAWASAN PERSEKITARAN & KESELAMATAN
Persekitaran merupakan salah satu kriteria yang harus dititikberatkan, terutamanya faktor kebersihan dan keselamatan.
Ada tadika yang berada di kawasan pejabat dan ada juga di kawasan perumahan. Kelebihan di kawasan perumahan adalah taman permainan yang luas untuk mereka bermain di luar. Tapi dari segi faktor keselamatan pula, guru harus berjaga-jaga terutamanya ketika mereka berada di luar.
Kanak-kanak juga sering mengalami penyakit berjangkit seperti batuk,selsema dan ada juga yang mengalami alahan kepada debu dan persekitaran yang kotor. Oleh itu, persekitaran yang bersih akan memastikan mereka sentiasa sihat untuk menempuh hari-hari pembelajaran.
4. KESERASIAN DENGAN ANAK
Walaupun kami ada sasaran yang tersendiri, pilihan yang dibuat harus serasi dengan anak. Kita mungkin ingin menekankan pembelajaran akademik, tapi jiwa anak masih ingin bermain dan belum bersedia lagi untuk fokus belajar.
Umur yang sesuai adalah lebih kurang 3-5 tahun, bergantung kepada kesediaaan mental dan fizikal anak.
Harap tips ini dapat membantu anda membuat pilihan yang lebih tepat dan sesuai!

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604