Bayi membaca? Pasti anda akan merasa pelik dan remeh akan perkara ini. Masakan tidak, anak anda masih diperingkat bayi, mengapa perlu diajar membaca?

Inilah tanggapan skeptikal yang sering dilemparkan oleh kebanyakkan ibu bapa. Bak kata pepatah melayu, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, peribahasa ini sudah cukup kuat untuk menunjukkan bahawa jika ingin menerap sesuatu amalan ataupun mengajar anak anda tentang sesuatu perkara perlulah dimulakan dari awal.

  1. Gunakan kad imbasan

Mulakan dengan perkataan-perkataan yang mudah dengan menggunakan dua suku kata seperti; mama atau papa. Namun, jangan tunjukkan kad imbasan bergambar kerana nanti mata bayi lebih tertumpu kepada gambar berbanding perkataan yang ada dalam kad.

  1. Proses pembelajaran yang kerap

Lakukan proses pembelajaran secara kerap tetapi dalam masa tempoh yang pendek. Apabila fokus anak anda semakin meningkat, barulah anda boleh membuat sesi membaca atau bermain dengan perkataan baru itu bersama anak dengan lebih lama.

  1. Mulakan dengan kuantiti kad yang sedikit

Mulakan dengan menunjukkan kuantiti kad yang sedikit, contohnya lima kad sahaja pada satu-satu masa. Jika anda lihat anak anda sudah dapat fokus, bolehlah tambah bilangan kad tersebut.

  1. Pupuk kesabaran dan keseronokan

Usah mengharapkan hasil. Ingatlah tujuan anda mengajar anak anda adalah untuk keseronokan. Jangan kecewa jika anak anda masih belum dapat membaca sebaliknya teruskan berusaha mengajar anak tanpa jemu.

Menurut kajian, bayi yang diajar dengan teknik yang betul akan menyukai proses pembacaan dan akan menjadikan amalan ketika meningkat usia nanti. Jadi, ibu bapa perlu tahu semasa peringkat kecil inilah anak anda akan lebih mudah terdedah kepada amalan membaca.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty