Masalah selesema sering menyebabkan ketidakselesaan kepada orang dewasa, apatah lagi jika ia melanda bayi dan kanak-kanak. Ibu bapa yang mengalami selsema tidak disarankan untuk dekat dengan anak mereka kerana penyakit ini amat mudah berjangkit kepada bayi dan kanak-kanak. Bagi merawat dan mengelakkan selsema di kalangan ibu bapa, cubalah petua-petua seperti berikut:
- Daun sirih
Bagi ibu bapa yang mengalami selsema, ambil beberapa helai daun sirih yang sudah dibersihkan. Kemudian, tumbuk batang sehingga keluar lendir . Sapukan lendir pada sekeliling hidung. Amalkan tiga kali sehari untuk mendapatkan kesan yang cepat.
- Halia
Bagi ibu bapa yang sering terkena selsema, bolehlah cuba petua ini yang menjimatkan kos. Ambil sebiji halia dan buangkan kulitnya. Kemudian, tumbuk halia sehingga separuh hancur. Rendamkan dalam air suam dan tunggu beberapa minit sebelum diminum. Amat disarankan untuk minum air halia suam ini seminggu sekali.
- Air beras
Ambil secawan air beras yang mendidih. Biarkan suam kemudian baru diminum. Air didihan beras ini juga dapat menghilangkan kegatalan pada tekak.
- Air suam
Air suam mampu membantu anda mengurangkan ketidakselesaan semasa selsema. Caranya adalah membuat air teh kosong suam tanpa gula atau susu, kemudian ambil sebiji limau nipis dan perah limau ke dalam air teh tersebut. Kacau sekata dan terus minum. Cara ini bukan sahaja dapat melegakan selesema, malah dapat mengurangkan kegatalan pada tekak semasa batuk.

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604