Kulat di dalam mulut bayi dinamakan sebagai thrush atau ibu bapa selalu perasan anak mereka Jangkitan mengalami keputihan di dalam mulut. Keputihan itu seakan-akan kepingan susu basi melekat di lidah, bahagian dalam mulut dan lelangit. Kadang-kala di bahagian mulut menjadi kering dan kemerah-merahan. Thrush juga menyebabkan kesakitan kerana terdapat bengkakan radang di situ. Jadi bayi akan menangis kerana sakit ketika menyusu sama ada botol atau ketika menyusu badan.

  1. Air masak

Memberikan air masak selepas menyusukan bayi. Ini  akan menanggalkan saki-baki susu yang mungkin tertinggal di ruang mulut. Saki- baki ini akan memudahkan jangkitan fungal.

  1. Puting susu

Jika menyusukan anak secara badan, pastikan puting ibu dibersihkan dulu. Puting yang lembab di dalam bra selalunya menyebabkan jangkitan fungal. Bagi botol susu pula, bersihkan puting botol menggunakan air yang mendidih sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

  1. Ubat antibiotik

Jika bayi anda sakit, pastikan antibiotik yang diberikan kepada bayi anda adalah atas nasihat doktor. Penggunaan antibiotik yang terlalu lama juga boleh menyebabkan jangkitan ini. Jika ibu sedendiri  yang sakit dan memberikan susu badan, pastikan anda telah memberitahu doktor. Ada sesetengah antibiotik yang boleh sampai ke bayi melalui susu ibu.

  1. Elakkan membeli ubat dari farmasi

Jika anda tidak pasti sama ada anak anda mengalami jangkitan fungal atau hanya mengalami keputihan disebabkan oleh saki-bali susu yang tertinggal, bawalah berjumpa doktor. Jangan membeli ubat dari farmasi kerana kebayakan yang menjaga kaunter farmasi hanyalah pembantu kedai yang tiada pengetahuan perubatan.

 

Jangkitan fungal atau thrush di mulut bayi tidaklah sampai menyebabkan kematian. Cuma jangkitan ini menyebabkan kesakitan pada mulut. Bayi akan kerap menangis dan tidak mahu menyusu. Ini pula akan menyebabkan dehidrasi pada bayi anda.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604