4 CARA MENANGANI ‘SEPARATION ANXIETY’ SEMASA ANAK MULA BERSEKOLAH

separation_anxiety

Separation anxiety adalah satu reaksi anak dimana mereka berasa takut atau cemas apabila ditinggalkan oleh ibu atau bapa mereka. Lebih-lebih lagi anak yang dijaga sepenuhnya oleh ibu di rumah.

Fasa ini selalunya berlaku dari umur di mana mereka sudah mula mengecam muka orang. Tahap keparahan dan durasi fasa ini juga bergantung kepada hubungan kekeluargaan di antara ibu bapa dan anak juga.

Apabila anak sudah meningkat usia, akan ada satu fasa separation anxiety apabila anak sudah mula untuk dihantar ke tadika.  Ada beberapa cara yang boleh diterapkan dari awal untuk mengurangkan fasa ini menjadi lebih teruk.

  1. Tetapkan rutin pagi harian

Rutin harian anak harus ditetapkan dari awal sebelum bermula persekolahan lagi. Bangunkan dia awal pagi, mandi, pilih pakaian uniform atau apa-apa baju yang sesuai dan jangan lupa sarapan pagi.

Pada awalnya memang akan menjadi satu masalah, terutamanya jika anak sudah biasa bangun lewat pagi. Tapi dengan menetapkan rutin sebegini, anak anda akan berasa lebih semangat untuk mulakan harinya.

2. Tidak melengahkan masa pulang

Apabila sudah menghantar anak ke tadika, jangan melengahkan masa untuk pulang. Beritahu anak bahawa ibu akan pulang sebentar lagi untuk mengambilnya.

Jika kita tinggal terlalu lama, khuatir yang keadaan mereka akan lebih parah dan susah untuk guru tadika meredakan mereka. Ibu bapa juga harus yakin bahawa guru tadika boleh menangani anak anda dan tidak perlu risau tentang keadaannya di sana.

3. Berkomunikasi dengan guru/penjaga tadika

Bagi melegakan ibu bapa juga, sentiasalah berkomunikasi dengan guru atau penjaga tadika untuk tahu perkembangan anak anda semasa berada di dalam kelas.

Ada juga yang menubuhkan ‘group’ di Facebook atau Whatsapp bagi berkongsi gambar anak-anak sedang bermain di dalam kelas. Guru mereka juga boleh memberi nasihat tentang cara-cara untuk menolong mereka berasa lebih yakin untuk ke sekolah.

4. Mulakan dengan perlahan

Jika anak anda seperti belum bersedia lagi, mulakan dengan kelas-kelas yang berdurasi pendek dan sekejap. Mungkin dengan kelas muzik berdurasi 45 minit dahulu, atau kelas Gymboree sekali seminggu.

Apabila dia sudah mula biasa bersama orang lain, boleh kita cuba untuk daftarkan kepada tadika harian yang lebih sesuai dengan peringkat umurnya.


Setiap anak adalah berbeza, jadi kami harus bersedia untuk menangani mereka dengan cara yang berbeza-beza. Pilihlah yang terbaik untuk anak anda!

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp "Minyak" ke  012-699 2604

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

 

By |2017-01-05T07:04:45+00:00January 5th, 2017|Tip & Petua|

Leave A Comment