3 JENIS BENTAN KETIKA BERPANTANG DAN CARA MENGELAKKANNYA

Masalah bentan atau dikenali sebagai komplikasi selepas bersalin sangat sinonim dengan wanita yang sedang berpantang. Di zaman yang serba moden ini, kebanyakan wanita mula meragui logik pantang larang ketika berpantang ini.

Mengikut pesan orang tua-tua, wanita yang sedang dalam pantang dilarang untuk banyak berjalan atau melakukan kerja-kerja berat. Ini kerana semasa proses melahirkan anak, wanita telah kehilangan banyak darah dan semasa berpantang, darah kotor masih lagi keluar. Walaupun tenaga telah banyak habis namun si ibu tetap berusaha untuk memberi tenaga (susu ibu) pada bayi.

Logik disebalik melarang para ibu yang sedang dalam pantang banyak berjalan adalah untuk mengelakkan mereka daripada tercedera akibat terlanggar sesuatu. Contohnya seperti tersepak batu dan terkena pada ibu jari sehingga menyebabkan darah keluar dan boleh mengakibatkan pitam.

Jenis-Jenis Bentan

1)Bentan Urat Pinggang- Kebiasaannya terjadi pada para ibu yang bersalin melalui proses Caesar. Bagi wanita yang bersalin cara ini anda hendaklah berpantang dengan lebih berhati-hati. Biasakan untuk duduk dan berdiri dengan perlahan jangan menghentak badan dengan kuat.

2)Bentan Urat Peranakan – Kebiasaannya bentan ini berpunca daripada kerja-kerja berat yang dilakukan oleh para wanita yang sedang berpantang. Bentan ini mampu mengakibatkan peranakan jatuh. Akibatnya, anda perlu berpantang dengan lebih lama. Dan yang lebih kesian, si suami juga turut kena “berpantang” sama.

3)Bentan Urat – Bentan ini merupakan bentan yang sering dialami oleh para wanita yang sedang berpantang. Bentan urat ini mampu mengakibatkan badan jadi lemah, bisa-bisa urat & sendi badan. Kadang kala waktu panas pun badan boleh menggigil.

Cara Elak Bentan

1)Elakkan kerja-kerja berat termasuklah memandikan anak.

2) Jaga kebersihan. Tukar pad dengan kerap.

3) Jaga makan. Elakkan makan-makanan yang gatal seperti kerang, udang, ikan pari, ikan keli, ikan terubuk, sayur kekacang, kobis, dan minuman sejuk.

4) Pantang bersama suami selagi mana masih keluar darah nifas.

 

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604

Leave A Comment