3 Cara Untuk Kurus Dengan Cepat Selepas Pantang Bersalin

Semua wanita ingin kuruskan badan untuk mendapatkan bentuk yang ideal selepas pantang tetapi malang sekali berat yang terkumpul susah nak turun.

Kenapa masalah ini terjadi?

Pemakanan!!

 

Secara purata seorang wanita hanya memerlukan 2000 kalori dan lelaki 2500 kalori sehari untuk mengekalkan berat badan. Angka kalori ini bergantung kepada beberapa faktor seperti umur, ketinggian, jantina dan tahap keaktifan seseorang. Apa yang terjadi tanpa sedar ialah pengambilan kalori yang berlebihan dari yang diperlukan sehingga mengakibatkan berat badan bertambah dan susah kurus.

 

Apakah cara yang senang untuk mengurangkan berat badan dan kembali kurus?

 

  1. Menjaga pemakanan

 

Untuk menurunkan berat badan dan mendapat bentuk badan yang ideal 70% bergantung kepada pemakanan yang sihat. Cara yang senang untuk mencapai ini adalah dengan mengurangkan atau tidak mengambil langsung gula dalam minuman dan makanan.

Pengambilan gula akan menyebabkan peningkatan pada tahap insulin badan dan mengakibatkan lemak-lemak pada badan disimpan untuk kegunaan masa hadapan. Gula juga mengakibatkan rasa cepat lapar dan tidak kenyang.

Apabila badan rasa cepat lapar dan tidak kenyang ini akan mengakibatkan pengambilan makanan yang berlebihan. Contoh- contoh minuman dan makanan bergula yang sering diambil adalah seperti minunan air tin seperti Coca-Cola, dan “dessert” seperti ais krim, kek dan kuih keria. Dengan kata mudah, hampir semua air yang terdapat di stesen-stesen minyak kecuali air mineral.

Makanan berminyak juga mempunyai kalori yang lebih tinggi berbanding dengan makan yang tidak berminyak. Kadar makanan berminyak ini seharusnya dikurangkan kepada sesiapa yang serius untuk menurukan berat badan. Selain itu, makanan yang berminyak juga boleh menambahkan kadar kolestrol dalam darah yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung.

 

2. Snek/Jajan

Pemakanan snek atau jajan juga harus dielakkan kerana makanan-makanan ini mempunyai kandungan sodium(garam) dan gula yang tinggi. Pengambilan sodium yang berlebihan akan mengakibatkan water retention yang berlebihan dalam badan. Keadaan ini akan membuat badan kelihatan lebih gemuk dari yang sepatutnya.

Selain itu, pengambilan sodium yang berlebihan juga boleh mengakibatkan penyakit kardiovaskular dan buah pinggang.

 

3. Pengambilan Air Kosong dengan banyak

Pengambilan air kosong bukan sahaja sihat malah tidak mempunyai sebarang kalori yang boleh menyebabkan penambahan lemak. Air kosong juga dapat membantu proses pembakaran kalori pada badan.

Selain itu, air kosong dapat membuat perut berasa lebih kenyang dan mengelakkan pengambilan makanan yang berlebihan. Cara mudah untuk mendapatkan impak yang terbaik adalah dengan mengambil segelas air kosong setengah jam sebelum makan.

Ini akan membantu mengurangkan kelaparan dan mengelakkan pengambilan makanan berlebihan. Cara ini terbukti dapat berkesan mengurangkan pengambilan kalori dan membantu mengurangkan berat badan sebanyak 44%. Pengambilan kopi atau teh hijau (tanpa gula) juga dapat membantu meningkatkan kadar metabolik yang bertujuaan membakar kalori yang berlebihan.

 

4. Makanan berserat tinggi

Makanan berserat tinggi dapat membantu mengurangkan kelaparan di samping dapat memberi rasa kenyang yang lebih lama. Ianya juga bagus untuk sistem penghadaman. Kebanyakan yang berserat tinggi ini mempunyai kalori yang rendah membuat sangat sesuai bagi sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan dan menjaga kesihatan.

 

5. Makanan berprotein tinggi

Pengambilan makanan berprotein tinggi dapat mengurangkan kelaparan dan juga meninggikan kadar metabolik untuk lebih cepat membakar kalori.

 

6. Bersenam

Bersenam dapat membakar kalori yang berlebihan seterusnya membantu membakar lemak. Di samping dapat menguruskan badan, bersenam juga dapat ‘firm up’ badan dan menegangkan semula kulit.

 

 

7. Pengunaan Losyen Dara Bonda- losyen sejuk.

Pengunaan Losyen Dara Bonda dapat mempercepatkan lagi proses pembakaran lemak. Dengan ramuan-ramuan terpilih sejak 5 generasi dan juga ramuan modern dapat memberi efek yang lebih cepat dan berkesan.

Losyen Dara Bonda ini tidak panas dan memberi kesan sejuk pada kulit. Sangat sesuai untuk kulit yang sensitif. Selain membakar lemak, Losyen Dara Bonda melindungi kulit dari tanda penuaan dan mengurangkan tanda regangan pada kulit  perut terutamanya untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

Ramuan

Pelangsingan

  1. Rumpai laut (Bladderwrack)
  2. Daun Ivy (English Ivy)
  3. Meadowsweet
  4. Ekstrak Biji Kopi Hijau(Green Coffee Extract)

Melembabkan Kulit

  1. Minyak Zaiton
  2. Daun Lidah Buaya

Penghadaman

  1. Buah Pala
  2. Halia

Wangian Semula Jadi & Pati Minyak

  1. Bunga Kenanga (Ylang-Ylang)
  2. Limau Purut (Kaffir Lime)

 

Losyen Dara Bonda ini sangat sesuai digunakan bersama bengkung,seperti Bengkung Jawa eksklusif dari Ning Salmah.

 

Kesimpulannya, untuk kurus dan mendapatkan bentuk badan yang cantik dengan cepat terutamanya selepas pantang tidaklah hanya bergantung kepada satu faktor sahaja. Pemakanan haruslah di titik beratkan bersama senaman dan pengunaan produk.

 

 Untuk info tentang produk Ning Salmah boleh klik link berikut — > http://bizapp.la/produkningsalmah

By |2019-01-02T09:11:57+00:00January 2nd, 2019|Cara Kurus, kehamilan, kelahiran, Tip & Petua|

Leave A Comment